ANNOUNCEMENT

ANNOUNCEMENT


After several complain and took some consideration, we're please to announce that baby2kidswear had open a new blogshop to seperate tudung, shawl and etc that not associate with baby and kids. This is to make it more easy for our customer's and visitor's to search and browse their need's. Also making this blog more organize. To previous customer and whoever looking for tudung, shawl and etc (after this we will stock up more item to offer variety product), please click this link http://fatinfashionhouse.blogspot.com


For adult fashion, please log on to : http://fatinfashionhouse.blogspot.com


Thank You.



Thursday, April 22, 2010

PENJAGAAN & CUCIAN CLOTH DIAPER (CD)

CARA MENCUCI CD

1. Bagi CD yang baru, prewash 2-3 kali sebelum guna tanpa menggunakan sabun. (Ini adalah untuk menambah baik penyerapan fabrik)

2. Untuk basuh CD yang telah digunakan, lalukan air ke atas insert yang terkena najis dan buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau. Warna kuning masih ada?? Jangan risau, serahkan tugas tu kepada mesin basuh dan cahaya matahari..

3. Semasa sesi basuhan, masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh, boleh guna sabun paling murah di pasaran,gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.Kalau takut CD cepat rosak, gunakan laundry net ye.

4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. simpanan tidak boleh melebih dari 3 hari.

5. Kemudian jemur seperti biasa. Paling bagus jika dijemur dibawah cahaya matahari.

6. Lepas dah kering, angkat dan masukkan insert ke dalam pocket pant. Bila nak guna dah ready...

7. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

No comments:

Post a Comment